PAKEJ LANGKAWI

PAKEJ KE LANGKAWI 3 HARI 2 MALAM

Menarik di Pantai Cenang, Langkawi
Menarik di Pantai Cenang, Langkawi | Pantai Cenang merupakan lokasi utama di Langkawi. Mungkin Pantai ini tidak sehebat Pantai Maldive tetapi ia adalah pantai paling maju di Malaysia, memiliki pantai dengan campuran pasir putih yang cantik, perairan biru kristal dan kawasan yang mendamaikan dengan udara yang nyaman.
Di Pantai Cenang terdapat banyak lokasi penginapan dan merupakan salah satu tempat yang menjadi tumpuan pelancong untuk bermalam. Apabila senja dan matahari terbenam, ramai pelancong akan membanjiri jalan utama di sekitar pantai cenang untuk sesi makan malam.










pantai cenang
Sumber: Joe’s Travel Blog

Pantai Cenang juga adalah kawasan yang paling popular di mana terdapat banyak kedai-kedai makan tempatan dan antarabangsa, kompleks membeli-belah bebas cukai, dan resort mewah yang terletak di sepanjang pantai yang cantik.
Dengan pengunjung yang tidak terkira ramainya berehat di tepi pantai dan menikmati rawatan spa dan urut, Pantai Cenang adalah tempat terbaik untuk berjemur dan mencuba sukan air yang menarik seperti jet ski dan parasailing.
Untuk keluarga dengan kanak-kanak, Pantai Cenang juga menempatkan dua tarikan yang terkenal, iaitu Underwater World Langkawi dan Muzium Laman Padi. Selain itu, Pantai Cenang menyediakan tempat untuk dilawati sekitar pantai yang mesra pelancong ini, di mana kawasan rehat dan santai sepanjang hari seperti Castaway Picnic – Casa del Mar, Pasar Malam Khamis Temoyong, Spa Alun-Alun dan Kelab Kiki di Meritus Pelangi Beach Resort.
Sekilas Aktiviti-aktiviti Menarik di Pantai Cenang
  • Parasiling
  • Jetski
  • Mandi-Manda
  • Makan Malam sekitar Pantai Cenang
  • Underwater World Langkawi
  • Spa Massage
  • Bersantai
Sky Bridge Langkawi











langakwi-skybridge-pakej-my
Sumber: myadventurehost.com

Sky Bridge Langkawi adalah jambatan pejalan kaki melengkung 125 meter panjang yang menawarkan pengembaraan yang menyeronokkan dan mengagumkan dengan hamparan pemandangan menghijau Gunung Mat Cincang, air terjun Telaja Tujuh, dan beberapa pulau kecil sekitar Langkawi.
Terletak 700 meter di atas paras laut,jambatan ini hanya boleh diakses melalui stesen terakhir menaiki Kereta Kabel Langkawi. Perjalanan ke bahagian atas bermula di Kampung Oriental di barat laut atas Pulau Langkawi, berhampiran dengan Pantai Kok. Jambatan kukuh ini boleh memuatkan sehingga 250 orang pada satu masa, dan dilengkapi dengan dua pagar keluli, dawai tertutup, dan dua platform segi tiga di mana pengunjung boleh berehat dan menikmati udara segar.
Waktu Operasi:
HariMasa
Isnin & Selasa10:00-19:00
Rabu12:00-19:00
Khamis10:00-19:00
Jumaat & Sabtu9:30-19:00
Harga:
Peringkat UmurHarga
Kanak-kanak (2 hingga 12 tahun)RM25
Dewasa (13 Tahun ke atas)RM35
Lokasi: Jalan Telaga Tujuh Teluk Burau, Langkawi
Tel: +604 959 4225



PENGINAPAN





Homestay Langkawi Murah – Berdekatan Pantai Cenang


Kenapa kami cakap Homestay Langkawi Murah? Mesti tertanya-tanya murah sangat ke sampai tulis tajuk macam tu sekali. Nak tahu baca selanjutnya, homestay mana yang dikatakan murah tu.
Homestay Langkawi Murah?
Ya, memang murah kerana harga homestay di Langkawi kebanyakan harga purata antara RM250 – RM300.
Kalau sewa hotel purata RM 100 untuk 2 orang. Kalau 15 orang, dah jadi RM750 dah. Jadi kalau pergi ramai lebih baik ambil homestay je. Jimat.
Biasanya harga homestay juga mengikut jumlah orang boleh muat dan juga lokasi. Kalau 4-6 orang, lebih murah la sikit.
Kalau nak pergi bersama keluarga / kawan yang ramai, anda boleh cuba tengok Homestay Tok Bidin. Kami mencadangkan anda menempah homestay ini kerana sangat murah dengan keluasan, fasiliti, kedudukan lokasi homestay dan juga boleh muat ramai.
Homestay Tok Bidin, Langkawi
  • RM 300 boleh murat 15 orang
  • Ada WiFi 📶
  • Boleh Memasak
  • Ada tempat BBQ
  • Parking
  • Lokasi strategik, 1.5 KM sahaja dari Pantai Cenang.
  • 15 KM ke Jeti Telaga (Jeti untuk pergi ke Koh Lipe)
  • 18 KM ke Langkawi Cable Car, 3D Muzium
  • 19 KM ke Pekan Kuah
  • 25 KM ke Pantai Tanjung Rhu
  • 28 KM ke Jeti Kilim, Mangrove, Langkawi Wildlife Park
Lihat maps ini untuk gambaran lokasi Homestay Tok Bidin.

Map data ©2019 Google

Map
5 km 
Cara Tempah Homestay Tok Bidin Langkawi
Mudah sahaja untuk membuat tempahan, anda boleh pergi ke booking.comdan terus dengan tempahan.
Kelebihan guna booking.com, anda boleh pilih mahu bayar terus ataupun bayar di sana nanti. Walaubagaimanapun, anda tetap boleh membuat pembatalan secara percuma jika tidak jadi untuk menetap di Homestay tersebut. Pilihan di tangan anda!
BOOK NOW

Kalau anda tidak mahu, menggunakan tempahan melalui booking.com, anda juga boleh berbuat demikian dengan menghubungi di talian whatsapp berikut:
FH SUCCESS MANAGEMENT, LANGKAWI
Phone: 013-7478059 Atau 019-4342324

WHATSAPP




      KENDERAAN 



Murah dan Mudah. Kalau bercuti ke Langkawi, semestinya kereta amat diperlukan untuk kemudahan perjalanan percutian kita.
Banyak tawaran Sewa Kereta kat Langkawi; Dari kereta Axia, Myvi, Saga FLX, Iriz, Nissan Urvan (Van), sehinggalah sebesar-besar bas. Bas ni kereta ke? haha boleh la asal boleh naik dikira kereta la. 
Kereta paling murah, sudah tentu Axia / Myvi la, sesuai dengan CC nye. Kalau pergi berempat bercuti di Langkawi, kami sarankan korang ambil kereta Saga atau pon myvi 1.3 ke atas. Untuk jimat dan keselesaan pemanduan. Untuk yang berkumpulan, Nissan Urvan ataupun Grand Livinasesuai.
Banyak syarikat sewa kereta di Langkawi yang beri tawaran yang berpatutan dan mudah bicara nya. senang cite, deal mudah la. Siap boleh pickup dan hantar ke Airport Langkawi lagi.
Kereta Sewa Langkawi 2019
Ni salah satu syarikat menawarkan servis sewa kerata di Langkawi adalah:
FH SUCCESS MANAGEMENT, LANGKAWI
Phone: 013-7478059 Atau 019-4342324
CODE: CarLangkawi <– Sila beritahu code ni untuk dapatkan diskaun dari kami.
.
Untuk whatapps, anda boleh klik button di bawah tanpa menyimpan nombor sebagai contact. Lebih mudah dan cepat. 🙂
Whatsapp
Copy dan bagi kat whatsapp:
Tarikh/masa pergi: 1 Jan 2019 @ 5PM
Tarikh/masa pulang: 3 Jan 2019 @ 3PM
Model Kereta: Vios (5 pax)
Jika artikel ini membantu korang, bagi la 5 star rating. Terima Kasih! 🙂
4.6 (91.28%) 298votes
Jika anda menggunakan telefon, anda perlu Swipe kiri kanan untuk melihat harga.
Model Kereta (Auto)Harga
NormalHigh / Peak
Motor Skuter Yamaha Avantiz RM 35RM 50
Axia (4 pax)RM 70RM 100
Axia (4 pax)RM 70RM 100
Myvi (4 pax)RM 70RM 100
Vios (5 pax)RM 80RM 120
City (5 pax)RM 80RM 120
Sentra (5 pax)RM 80RM 120
Latio (5 pax)RM 80RM 120
Almera (5 pax)RM 90RM 130
Grand Livina (6 pax)RM 100RM 180
Toyota Rush (6 pax)RM 100RM 180
Serena (7 pax)RM 120RM 250
Toyata Innova (8 pax)RM 120RM 250
Nissan Urvan (12 pax)RM 150RM 300



Hubungi


Maklumat tentang kami boleh rujuk di sini: Tentang Pakej.MY. Hubungi kami untuk dapatkan pakej-pakej berkenaan percutian, kereta sewa, servis, dan juga pakej-pakej lain.
Segala tempahan melalui kami akan diutarakan kepada travel agensi kami yang berdaftar secara sah dengan SSM / MOTAC.
E-Mail: info@pakej.my
Facebook: https://www.facebook.com/Pakej.MY
Kami juga mengalu-alukan anda untuk menjadi rakan kongsi / iklan dengan kami.
Jika anda berminat untuk bekerjasama dengan kami, sila hubungi kami di info@pakej.my. Kami amat berbesar hati untuk bekerja dengan anda.



Comments