PAKEJ PANGKOR

PAKEJ PERCUTIAN 3 HARI 2 MALAM KE PULAU PANGKOR





Promosi Pakej Percutian Bajet Ke Pulau Pangkor Dari RM140


  • 177
  • 177
    Shares
Pulau Pangkor sangat indah dengan air lautnya yang biru dan jernih menambat hati anda yang gemar melancong didalam dan luar negeri.  Selalunya gambar-gambar di instagram yang menunjukkan percutian mereka yang telah ke Pulau Pangkor pastinya membuka hati anda untuk merasai sendiri keseronokan bercuti di sebuah pulau yang terletak di Perak ini.
Pakej percutian ke Pulau Pangkor Best
Pulau Pangkor dikaitkan dengan tempat menarik di Malaysia yang terdiri daripada sebuah pulau serta menampilkan keindahan pantai yang bersih, menarik dan boleh dilakukan dengan pelbagai aktiviti percutian.  Anda berpeluang mengunjungi pelbagai tempat yang menyeronokkan dengan mudah dan murah hanya dengan mengambil pakej percutian ke Pulau Pangkor.
Pakej percutian ke Pulau Pangkor Peta

Promosi Pakej Percutian Bajet Ke Pulau Pangkor Dari RM140


Pakej percutian ke Pulau Pangkor boleh anda dapatkan dengan hanya promosi serendah RM140 sahaja. Bagi anda yang ingin bersiar-siar dan menikmati keindahan lautan serta melakukan aktiviti pantai sepanjang hari, Pulau Pangkor adalah tempatnya.  Promosi Pakej Percutian Bajet ke Pulau Pangkor yang ditawarkan ini membolehkan anda melancong ke pulau menarik, bersantai dengan aktiviti indoor dan outdoor, menikmati makanan yang pelbagai serta mendapat tempat penginapan yang amat selesa.
Pakej percutian ke Pulau Pangkor Pantai

Pakej Percutian Pulau Pangkor Bayu Vacation

Pakej percutian ke Pulau Pangkor Bot
Pakej Percutian Bajet Pulau Pangkor ini dibawakan khas oleh Bayu Vacation.  Bayu Vacation menawarkan pakej percutian bajet yang rendah tetapi mempunyai pakej yang lengkap dari pelbagai aspek. Mari kita lihat senarai perkhidmatan yang termasuk di dalam pakej percutian Pulau Pangkor ini. Untuk pengetahuan anda, pakej percutian Pulau Pangkor ini terbahagi kepada Pakej Bajet Ekonomi dan juga Pakej Ekonomi Honeymoon.
Pakej percutian ke Pulau Pangkor Kumpuan

Pakej Bajet Ekonomi

1. Chalet Dan Penginapan

Pakej percutian ke Pulau Pangkor Bilik
  • Chalet yang disediakan adalah berhampiran dengan Laut Pantai Teluk Nipah
  • 2 Hari 1 malam
  • Minimum jumlah untuk menetap di Chalet adalah seramai 10 orang dewasa
  • 1 Bilik boleh diduduki oleh 4 orang atau 6 orang

2. Makanan

Pakej percutian ke Pulau Pangkor Berhibur
  • 1 Kali Breakfast
  • 1 Kali Lunch
  • 1 Kali Barbeque

3. Kenderaan

Kenderaan disediakan bagi anda menaiki feri dan teksi untuk pergi dan balik.
Pakej percutian ke Pulau Pangkor Seronok

4.  Aktiviti Dan Tempat Pelancongan Menarik

Pakej percutian ke Pulau Pangkor Selam
Anda boleh melakukan aktiviti snorkeling di Pulau Giam serta melawat tiga pulau iaitu Mantagor island, Monkey bay dan Coral Beach. Anda juga akan menerima sekali dengan peralatan seperti mask, snorkel dan life jaket.  Selain itu, anda juga berpeluang untuk melawat tempat-tempat yang bersejarah, menarik dan unik ini.

Comments