PAKEJ PULAU TIOMAN

      PAKEJ PULAU TIOMAN 3HARI 2MALAM

1. Promosi Pakej Percutian Bajet Ke Pulau tioman Dari RM160

Assalamualaikum. Di Malaysia terdapat banyak pulau yang menarik dan cantik yang boleh dikungjungi. Antaranya ialah Pulau Tioman yang terletak di Negeri Pahang. Pulau Tioman adalah satu pulau yang kecil di negeri Pahang. Ianya terletak sejauh 32km dari pantai barat negeri Pahang dan berukuran 20km panjang serta 12km lebar.Pulau ini admin telah masukkan ke dalam tempat menarik di pahang.
Sebahagian besar pulau ini terdiri daripada hutan tebal dan di dalam lautannya kaya dengan khazanah laut terumbu karang yang menjadikan Pulau Tioman sebagai lokasi popular kepada penyelam serta mereka yang meminati aktiviti snorkeling. Sekitar tahun 70an, TIME Magazine pernah menobatkan Pulau ini sebagai salah satu daripada pulau tercantik di dunia. Tidak hairanlah ramai pengunjung dalam dan luar negara ramai yang berkelah serta memilih Pulau Tioman ini sebagai salah satu lokasi percutian mereka.
Pulau ini boleh di akses melalui 2 jeti, iaitu Jeti Mersing, Johor dan juga di Jeti Tanjung Gemuk, Pahang dengan menaiki bot atau feri. Selain daripada pengangkutan laut, anda juga boleh menggunakan pengangkutan udara ke Pulau ini daripada Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Kuala Lumpur dan juga Lapangan Terbang Antarabangsa Changi di Singapura.
Pulau ini terdiri daripada 4 kampung yang utama. Kampung Tekek yang terletak dibahagian utara pulau  merupakan kampung yang paling besar serta ramai yang mendudukinya. Selain daripada Kampung Tekek, terdapat juga Kampung Juara, Kampung Salang dan Kampung Air Batang.  . Semoga bermanfaat.


2. Aktiviti Dan Tempat Pelancongan Menarik


Antara Aktiviti Wajib dan Menarik Di Pulau Tioman adalah snorkeling kerana korang boleh lihat sendiri kepelbagaian hidupan laut yang ada. Siapa yang tak pernah tengok Gamat, ha Mrsyanie ada sediakan gambar khas buat korang.. Tara..dibawah ini adalah Gamat tau, teringin nak pegang tapi takut pulak hihi. Disini memang banyak Gamat dan juga pelbagai hidupan air yang lain.

Comments